Cari Blog Ini

Selasa, Januari 12, 2016

Bila apa yang aku rasa meran rasa

Dalam dua tiga hari ni kecoh kt fb pasal amran fans kutuk selfie ibu melayu islam yang menyusu. Sebenarnya kalo nk ikutkan byk dh aku tgk gmbr diorg selfie. Tapi selalunya diorg post kt group breastfeeding. SO bg aku bende ni biasa je la. Tapi sbb yang menjadi isu. Ibu muda tuh g upload kt ig. 


Aku? Aku torn in between. Sbb nya dulu itu la jugak antara faktor2 aku give up dalam menyusu. Diorg post gambr menyusu lepas tuh merungut anak asyik menangis la, asyik mengempeng la. SO aku give up. Aku nk je ckp hah padan muda. Tapi aku kesian plak bila sifu-sifu penyusuan plak yang kena tempias nya. Sbb sifu2 ni aku tgk tak pernah tunjuk pun yg mereka ni suka selfie menyusukan anak. 

Kata2 kesat amran fans sgt teruk. Aku pun tak sanggup nk baca. Kesian. Ibu tuh salah cuma selfie je. Tapi ko hina dia mcm la dia takde pegangan agama. SO kt situ, aku tak sokong amran fans. Aku makin benci diorg. 

Sbb aku fhm penyusuan susu ibu ini satu perjuangan. Aku tak bernasib baik untuk mengalaminya. Walaupun aku cemburu pada ibu2 muda yang dpt menyusu ni, aku takla nk sampai menghina diorg. Sbb bagi aku diorg cuma nk spread aura semangat perjuangan penyusuan tuh. Dan ada orang gila fikir bukan2. Tolongla amran fans, takde isu kot. bg aku sbb diorg pakai longgar kot. Tak sure pun baby tuh buat apa. 

Time mcm ni ramai la yg jd ulamak alim yang bijak pandai. Cuba la jd ibu, mak, umi. Baru korg fhm kenapa diorg rasa bangga nk selfie mcm tuh. Sbb kalo aku dpt menyusu kan anak pun, aku nk amik gmbr dan simpan buat kenangan aku dan keluarga aku. 

Nak nasihat tuh berpada2. Walaupun aku pedih sbb aku tak dpt menyusukan anak aku, aku sayangkan perjuangan penyusuan susu ibu. Jgn la ni menjadi asbab ibu2 muda takut menyusukan anak mereka. Teruskan perjuangan. Yang menghina bukan dapat apa. Kita teruskan. 

Rabu, Januari 06, 2016

Kemurungan

Sebulan kena duduk jauh dengan anak sangat effect kesihatan aku. Serious. Ni bukan khayalan atau dongengan. Aku pun tak sangka yang aku boleh kena kemurungan yang amat teruk dalam masa sebulan je. Mcmana aku tau aku kemurungan? Klinik ni kan ada OT (occupational theraphy). Diorg mmg ada test untuk check minda sihat ke tak. Aku try buat sbb aku rs tak sihat tp bukan demam ke apa. 


Sekali buat , stress normal. keresahan (anxiety) normal. tapi depression (kemurungan) masyaAllah teruk. Teruk ok. Bukan serious atau berlebihan. dh sampai tahap gitu. Pergh aku terkujat. Serta merta aku menangis. Padanla aku tak boleh nk concentrate keje. Mudah menangis. Cepat kering tekak. (ye ini salah satu tanda kemurungan). Yang paling tak boleh tahan aku cepat sentap. Tu yg buat aku rs aku tak sihat. 

Kawan aku cakap jgn risau mungkin sbb anak takde dgn aku. mungkin bila anak dh ada sekali kemurungan aku akan ok. 

Alhamdulillah, mak aku terbuka hati nk benarkan aku bawak anak aku g kuantan. duk skali dgn aku kt sini. Ya Allah di saat aku tgh kemurungan, Allah berikan aku kekuatan. Bear in mind, keluarga kami masih lg berduka atas kehilangan menantu/adik ipar dan anak buah kami. Aishah seakan2 mengubati luka mereka. sebab tuh ibu n abah risau serisau risaunya nk lepaskan aku jg anak aku. diorg tak sanggup nk alami benda yang sama berulangkali.


Doakan aku trus sembuh dari kemurungan ini. Jangan amik ringan sbb kemurungan ni boleh meraja dalam diri jika dibiarkan. Please please please jgn diam je bila murung. Paling tidak g klinik jumpa OT. Diorg tak kan cerita kt sapa2. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnangX