Patutnya citer pasal kelahiran anak sebelum citer pasal perjalanan menyusukan anak. So here's goes nothing. Sebenarnya perkara yang berlaku dalam keluarga kami sebelum ni mmg teruk beri kesan pada perasaan aku. Bila aku amik keputusan untuk amik cuti awal 2 minggu dari tarikh sepatutnya anak aku keluar,walaupun ramai yang akan ckp membazir cuti. Tapi untuk keluarga aku sgt membantu diorg. Kereta aku digunakan untuk parents aku hantar dan amik adik aku g dressing dan appointment dr kt HUKM. Lagipun, adik aku yang ke2 nk kawin (tarikh kawin dia sama dengan EDD aku) pun dh sibuk. Kalo aku tak tolong mak ayah aku, sapa lg?
Pendek kata, emosi kami sekeluarga masih lg berduka. Persiapan kawin adik aku pun jadi sesederhana bolehnya sahaja. Kegembiraan menyambut menantu taklah segembira sebelum kemalangan tuh. Kesian adik aku yg nk kawin tuh. Dia patut gembira tp semuanya jadi lain.
Sejak cuti, ibu aku resah dan sentiasa doakan aku bersalin seawal boleh. Aku sebolehnya tak mahu menyusahkan diorg. Mungkin Aishah dengar kerisauan aku. Baru je 3 hari cuti, malam 3 September 2015 aku dh mula rs contraction. Ingtkan sakit tuh dh buka besar la konon. Padahal aku betul2 clueless sebenarnya sakit bersalin rupanya 10000x ganda sakit. My bad. So dh g HUKM. Sampai HUKM dalam kul9 malam gitu. Tapi nk tunggu check bukaan kul11 br tau. Sbb nya ramai plak yang sama contraction mcm aku ms tuh. Dr pakar ada sorg je. Aku tgk ada yang boleh balik. So aku pun rileks je. sbb contraction aku dh slow. Tapi rupanya dh bukaan 3 cm. Kena tahan. Sbb dh masuk latent phase. Haih.
Aku dh dimasukkan ke wad. Dalam wad tuh byk katil kosong. ada 1 je yang ada ibu. Itu pun dh bersalin sbb nmpk katil bayi sebelah dia malam tuh. Aku ingt sepol boleh temankan aku dlm wad. Rupanya sangkaan aku salah. Dia kena tido kat luar. Mmg dia sgt supportive. Sbb parent aku kena tlg adik aku yang accident tuh g dressing dia sok pagi nya. Takpela. At least, aku masih ada suami. Adik aku dh takde suami.
Malam tuh rs panjang sgt. Sampai kul berapa aku masih lagi berjaga. Kejap minum susu, kejap g solat. Kejap ngaji. Contraction aku makin lama, makin panjang. Bukan lg sakit mcm masa sebelum masuk wad td. Lama2 aku terlelap. Bangun2 kul6pagi. Usai solat. Semua nurse bergegas kemaskan langsir. Aku pun tanyala kenapa. Rupanya ada rutin dr round. Tak lama ada dr mula tanya macam2 kt aku. Lupa dh soalan apa. Tapi regarding admission sampaila contraction aku.
Taklama lepas tuh, ada lg dr (aku rs senior lg) round check. Kali ni dr yang senior tuh byk bertanya pada dr yang mula tanya aku td. Wow jadi dr bukan senang. Kena marah2 free2 je depan patient. Aku la tuh. Yg tuh aku puji HUKM. Sbb dia tak abaikan ko. Yela aku bukan nya sakit pun. Tapi dr senior tuh nk perancangan aku bersalin cepat2. kalo boleh hari tuh jugak bersalin. Yela nk lama2 dlm wad pun buat apa kan?
So lepas round check tuh, dr2 yang jaga aku tuh dh mula gelabah gaban. Tanya aku memacam. Start bg ubat untuk cepatkan bukaan bawah. And pasang CTG utk check contraction aku. huuu
Tapi malangnya Aishah taknak keluar hari tuh. So kebetulan adik aku yang accident tuh ada dressing kt HUKM. Diorg dtg melawat. Tapi yang kelakarnya ramai yang tanya pasal adik aku dari aku yang mmg dalam wad. Keadaan dia sgt merisaukan kot. dengan muka bertoreh, leher berpasung. Mana taknya.
Cuma kan bagus kalo Aishah nk keluar hari tuh. hari Jumaat. Tapi Allah yang menentukan. Bukaan aku lepas masuk ubat jadi 4 cm je. So dr yang jaga aku buat keputusan untuk pecahkan ketuban aku. Ya Allah rasanya mcm kencing. Air panas meluru keluar dengan banyaknya skali. Aku malu nk keluar g katil aku. haha. Tapi nurse kt situ rileks je. HAHA aku je yang over.
Ingtkan dh pecah ketuban dan2 tuh gak Aishah keluar. Rupanya tak. Adoi la.. aku kena masuk ubat untuk buka bukaan dari kul11 malam untuk 6 jam lebih kurang. Masa tuh mmg sakit. OMG!Sangat sakit. Walaupun sakit, sbb lama sangat tunggu, aku tertido kejap2. Sepol sentiasa ada dengan aku. Aku bersyukur sgt. Dia pun kesian tgk aku.
Aku ingt lg. Tiba2 bukaan aku dari 6 cm dalam 10 minit terus jd 10 cm. Masa tuh dh nk subuh. Aku berperang. Nk keluarkan Aishah. Tapi aku letih. Separa sedar. Aku tolak Aishah tp tak kuat. Nurse kt situ bg semangat. Kadang2 marah. (tp berkesan marah lagi dari semangat haha) Sbb aku mamai. Elok je abis azan subuh, Aishah pun selamat menangis. Alhamdulillah.
|
Aishah (betul2 hot from oven) |
Bear in mind, aku mmg mamai. Lahir je Aishah, aku pengsan tido seharian. Banyak jugak darah aku keluar.
|
aishah kt katil bayi kt HUKM. |
|
alolololo masa ni belum cukur rambut lg |
|
ni dh botak. kecik je dia. |
|
Aishah 5 hari lepas. hehe |
|
happy Aishah :) |
Pada 6.09 pagi 5 September 2015, Aishah lahir ke dunia. Terima kasih Allah sbb dia lahir dalam keadaan yang baik dan lengkap. Takde apa yang aku harapkan selain dari kesihatan Aishah. Terima kasih jugak Allah Aishah tak menyusahkan nenek dan atuk dia. Sbb keluar 2 minggu sebelum majlis mak ngah dia. By the time majlis mak ngah dia , Aishah dh 2 minggu. Aku bersyukur sgt. Walaupun aku masih lagi rindukan arwah Ariff sekurang-kurangnya mak uda dia boleh tgk aishah kalo rindukan arwah anak dia.
Sesungguhnya Allah tuh sgt berkuasa ke atas hamba NYA. Dia tarik seorang adik ipar dan anak buah aku, tapi Dia juga gantikan aku adik ipar dan aku dapat anak. Subhanallah.