Cari Blog Ini

Daisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label cemburu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cemburu. Papar semua catatan

Rabu, Disember 16, 2015

Cemburu

Aku masih lagi berusaha pam (.) (.) walaupun just angin. masuk hari ni dh 2 minggu pam angin. Aku yg memula semangat dh hilang semangat. Makan habatus sauda, halba amik depo. Ntahla sedih pun nk buat mcmana. Ni jauh dengan anak lagi la rasa kosong. Tak rasa apa2. Blunt je. Takla sedih, tak happy. Takde semangat nk makan. Mandi pun sbb nk g keje. Balik rumah tgk tv sampai tertido. Bosan nyer. Kalo ada dgn anak, boleh main dgn dia, peluk dia. hurm mmg hilang semangat. 

Tak pun tgk facebook kt phone. tapi g tgk group #bfmembers. cemburu jer. 'alhamdulillah hari ni dapat 12 oz. cukup je untuk anak'. " sedihla anak minum susu badan tapi muntah balik,susu banyak', 'alaa susu drop la dari 5 oz jadi 2 oz, mcmana ni?' 

Ya rabbi, kadang2 nk marah tp yela diorg mana tau perasaan kita. Kita ni kemain la usaha memacam, diorg ckp mcm la diorg takde susu langsung. Aku lg tak puas hati yang up status 'baru pantang 3 hari, susu pam dapat 5 oz, tp anak reject susu. Sedihla saya'. Memangla susu ko tuh banyak, perut dia 4 sudu teh je boleh muat sekali minum kalo baru lahir. Haish menyampah giler la tgk gitu.

Ye aku cemburu. Sampai tahap aku naik giveup bila tgk post2 diorg. Terus patah semangat. Rasa nk berhenti keje je. Buat keje pun dh tak berapa betul. Ceramah pun asal buat je. Ikhlas tuh bukan mudah nk diterjemahkan. 

Aku baru je ditauliahkan sebagai kaunselor laktasi. Tapi nk reject boleh tak? Rasa tak layak dh. 

Rabu, Julai 10, 2013

Ahlan Wa sahlan Ya Ramadhan :)

Sedar tak sedar ramadhan datang lagi. Ia bulan yang penuh dengan keberkatan dan keinsafan. Bila tiba nya ramadhan, bermakna hubungan kami dh bertambah usianya. Ini bermakna kami sudah 3 tahun bersama. LOL. Tiba-tiba teringat video klip yang viral semalam kt facebook pasal budak perempuan yang baru seminggu ber'couple' dengan 'boyfie' dia. Haiyoo.. Patutkah aku buat benda yang sama? LOL


Janji? HAHA Aku terus terang sudah malas nk berpegang pada janji. Janji manusia bukan boleh diharap. Hanya janji Allah je yang pasti. Sekarang apa-apa sahaja perancangan yang dibuat bukan la daripada pihak aku. Sebab aku seriously dh malas. Dia dh banyak buat persiapan aku je yang masih lagi teragak-agak adakah ini yang aku mahukan selama ini? Setelah tiga tahun, aku rasa aku dh cukup tua untuk membuat segala persiapan. Aku mahukan segalanya berakhir dengan cepat. Itu sahaja. 

Beberapa minggu yang lepas merupakan hari yang agak perit untuk aku telan. Semuanya derita. LOL. Macam la aku sorang je yang menderita kan? Well, jalan aku pilih dah sampai jalan mati. Aku buntu. Keliru. Hurrmmm aku harus patah balik dan mulakan di jalan yang baru. Kawan-kawan yang memahami hanya mampu menenangkan aku sahaja. Benarla kata pepatah ' Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul'. 

Biarla. Aku sesungguhnya redha. Aku tidak akan berdendam. Aku akan salahkan semua nya kepada ku. Ya memang aku yang salah kerana biarkan semua ini terjadi. Jadi aku kena kuat untuk lepaskan semuanya. Mulakan yang baru di tempat baru dengan kawan-kawan baru. Semoga jalan baru yang aku pilih ini terusan ke jalan yang lebih luas dan baik untuk aku lalui. 

Be strong diba. Cemburu? HAHA memang selalu kot. Tapi kalo aku cemburu lebih-lebih pun aku masih lagi macam tuh. Baik la aku salurkan tenaga cemburu tuh ke tempat yang lebih elok macam cari tempat pengajian yang lebih baik. 

Berbalik pada kawin, aku dah bosan. TITIK. Sekian. Ada jodoh ada la. Walaupun aku masih bersama dengan dia, tapi aku tak nak mengharap benda yang tidak pasti lagi. Ada baik nya aku fokus pada interview yang akan datang nnt :) Biar aku dapat keje then sambung belajar. Pedulik! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnangX