uik??masa tgk iklan nie, mmg tertarik la nk tgk sebab dier wane pink..ahaha~~
![]() |
| dari sini [link] |
![]() |
| dari sini [link] |
tapikan bila baca isi kandungan iklan nie tertarik sangat dgn kempen kesedaran nie..sangat penting untuk kita perempuan :) meh kita baca sedikit sebanyak tentang kanser servik nie.. link dari laman web kementerian kesihatan [link]
apa itu kanser servik??
ia merupakan kanser pangkal rahim -di mana servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina. owh sangat menakutkan..
bagaimana ia bermula??
apabila sel-sel di servik membiak secara luarbiasa -sel kanser mmg begitu kaedahnya
terbahagi kepada
1. peringkat awal - di sekitar servik
2. peringkat lewat - merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain (malignant)
sebagai contoh paru-paru melalui sistem aliran darah.
facts mengenai kanser servik!!
- Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.
- Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
- Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
- 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
- 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.
sila rujuk dr jika korang mengalami salah satu daripada gejala di bawah:
- Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
- Perdarahan yang banyak
- Perdarahan yang berpanjangan
- Perdarahan di antara haid
- Sakit
- Kehadiran darah beku
- Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
- Sakit semasa hubungan seksual
- Perdarahan dari vagina selepas putus haid
- Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
- Berbau
- Bercampur darah
Bolehkan kanser pangkal rahim dikesan?
YA,boleh..so jangan risau yer kawan2:)
dengan melalui ujian PAP SMEAR
ok2..PAP SMEAR ini pe plak la kan??
PAP SMEAR ini ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
PAP SMEAR
- Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
- Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
- Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
- Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
- Tidak perlu ubat atau bius.
- Mengambil masa beberapa minit sahaja.
----> http://says.my/lovelyadibah/pocc3
untuk kita-kita ajer :)

