Cari Blog Ini

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, Ogos 06, 2014

Pemakanan Semasa Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Berita yang paling menggembirakan bagi pasangan yang baru berkahwin apabila si isteri telah disahkan mengandung. Bukan sahaja si suami tetapi seluruh anggota keluarga menyambut baik kedatangan ahli keluarga yang baru.

Namun di awal kehamilan perlu diingat, keperluan nutrient tubuh badan meningkat. Pemakanan yang baik ketika hamil boleh membantu ibu dan bayi supaya kekal sihat. Kekurangan atau berlebihan zat boleh menjejaskan kesihatan ibu dan bayi.

Amalkan pemakanan yang sihat berpandukan pyramid makanan. Nikmati pelbagai jenis makanan berpandukan pyramid makanan bagi memastikan pengambilan makanan adalah seimbang dan mengandungi semua zat yang diperlukan.

Tip Pemakanan Sihat berpandukan pyramid makanan

Nasi, mi, roti, bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian

- Cuba pelbagaikan makanan daripada kumpulan makanan ini dengan mengambil dari sumber yang berbeza setiap hari. Jenis makanan adalah bergantung kepada selera ibu masing-masing

- Roti mil penuh, bijirin mil penuh, beras perang merupakan sumber serat yang baik untuk mengelakkan sembelit.

Sayur-sayuran dan buah-buahan

- Bagi mengurangkan kehilangan vitamin ketika memasak sayur-sayuran, gunakan air yang sedikit sahaja dan jangan masak terlalu lama (hanya 5-10 minit).

- Digalakkan juga mengambil ulam-ulaman yang segar di dalam hidangan harian.

- Pilihlah buah-buahan yang segar. Juga boleh dijadikan jus sebagai minuman.

- Jus buah-buahan yang segar adalah pilihan yang lebih baik berbanding air manis yang lain jika makan di luar.

Ikan, ayam, daging dan kekacang

- Cuba pelbagaikan makanan daripada kumpulan makanan ini dengan mengambil dari sumber yang berbeza setiap hari.

- Sumber kekacang seperti kacang rebus dan kuih yang menggunakan kekacang bagus diambil sebagai snek.

- Ikan dan makanan laut kaya dengan sumber iodin. Sumber iodin penting untuk proses pembesaran, perkembangan saraf dan pembentukan sel-sel otak janin dan bayi

Susu dan produk tenusu
 
- Susu perlu diminum setiap hari
- Bagi yang mengalami masalah berlebihan berat badan, pilihla susu yang rendah lemak atau susu skim. Kurangkan mengambil krimmer atau minuman yang mengandungi krimmer kerana mengandungi lemak tepu yang tinggi
- Susu pekat manis tidak boleh menggantikan susu tepung atau susu segar. Kandungan kalsiumnya adalah rendah dan gulanya pula terlalu tinggi
 
Lemak, minyak, gula dan garam
 
- Bagi yang mempunyai masalah berlebihan berat badan sebelum mengandung, kurangkan menggunakan minyak, santan, mentega dan marjerin dalam masakan
- Digalakkan menggunakan garam jenis beriodin bagi memastikan bayi anda memperolehi iodin yang cukup ketika dalam kandungan.
 
MAKAN LEBIH SUMBER ASID FOLIK, ZAT BESI DAN VITAMIN C
 
Asid folik dan zat besi penting untuk pertumbuhan dan perkembangan janin pada awal kehamilan. Vitamin C pula membantu meningkatkan penyerapan zat besi.
 
ASID FOLIK
Fungsi
Sumber
a.       Mencegah kecacatan tulang belakang bayi (Neural Tube Defect)
b.      Diperlukan dalam pembentukkan darah
Hati ayam, daging, ayam, telur, sayuran hijau, buah dan sayur berwarna kuning, kekacang, beras perang, barli, oat

Tips :
 
a. Hati, limpa, atau paru dimakan sekali seminggu. Boleh dijadikan bahan perencah ke dalam masakan lain.
 
b. Sayur berwarna hijau hendaklah diambil setiap hari sekurang-kurangnya 1/2 cawan sebanyak 2 kali sehari
 
c. Buah dan sayur berwarna kuning seperti betik, oren, jagung dan labu dijadikan pilihan utama
 
d. Sumber kekacang boleh dijadikan snek seperti kacang rebus, kacang kuda rebus dan bubur kacang hijau. Jika ingin memakan kuih-muih, pilihla yang berasaskan kekacang
 
 
ZAT BESI
Fungsi
Sumber
a.       Pembentukan darah ibu dan janin
b.      Mencegah anemia di kalangan ibu dan bayi
c.       Membantu membawa oksigen di dalam darah
Hati ayam, kerang, daging, ayam, sotong, ikan, ikan bilis, hati lembu, kismis

Tips :
 
a. Makan makanan yang tinggi kandungan zat besi bersama makanan tinggi kandungan vitamin C seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan jus.
 
b. Elakkan mengambil makanan yang tinggi kandungan zat besi bersama minuman yang mengandungi kafein seperti the dan kopi kerana boleh mengurangkan penyerapan zat besi yang ada di dalam makanan tersebut
 
 
VITAMIN C
Fungsi
Sumber
a.       Meningkatkan system imuniti
b.      Membantu penyerapan zat besi
c.       Membantu pembentukan kolagen yang membina gusi, gigi dan tulang bayi
Jambu batu, betik, buah limau, manga, belimbing, sayuran hijau

Tips :
a. Buah-buahan dijadikan kemestian untuk diambil setiap hari
b. Makanlah buah-buahan tempatan kerana sangat kaya dengan vitamin C terutama di musim buah-buahan
c. Tingkatkan lagi pengambilan sayur berdaun hijau. 
 
 
TINGKATKAN PENGAMBILAN SUMBER KALSIUM
 
KEPENTINGAN KALSIUM
a. Pembentukan tulang janin
b. Mencegah kehilangan kalsium pada ibu bagi mengurangkan risiko osteoporosis (kerapuhan tulang).
c. Membina penyimpanan kalsium ibu sebagai persediaan untuk menyusukan bayi.
 
SUMBER MAKANAN KAYA KALSIUM
 
Susu , dadih, keju, ikan bilis, hasil soya, sayur hijau
 
Tips :
 
a. Susu perlu diambil 2-3 gelas sehari. Jika tidak dapat meminum susu berwarna putih, pilihlah susu yang mempunyai perisa lain seperti susu berperisa coklat, strawberi ataupun vanilla. Susu juga boleh dicampur di dalam minuman lain.
b. Sumber soya seperti air soya, tauhu, tau fu fah dan tempe juga kaya dengan kalsium. Makanlah makanan sumber soya 3-4 kali seminggu. Jika puan tidak meminum susu, maka perlulah tingkatkan lagi pengambilan dari makanan sumber soya.
c. Gunakanlah ikan bilis sebagai perencah di dalam kebanyakkan masakan selain daripada dijadikan hidangan utama.
 
PENGAMBILAN PIL HEMATINIK
 
Pengambilan pil hematinic mengikut arahan doctor sangat penting semasa hamil bagi menampung keperluan nutrient yang meningkat semasa hamil
 
Pil hematinic terdiri daripada empat jenis pil iaitu :
 
- pil zat besi (ferrous fumarate)
- pil asid folik
- pil vitamin C
- pil vitamin B kompleks (BCo)
 
Fakta
 
Elakkan makan pil hematinic dengan kopi, teh, minuman berkola, minuman bercoklat dan susu. Minuman ini mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi.
 
Makan pil hematinic bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan yang optimum
 
 
 
PENAMBAHAN BERAT BADAN
 
Ibu yang hamil akan mengalami peningkatkan berat badan.
 
Sekiranya ibu mengalami masalah kurang berat badan semasa hamil, ibu perlu lebih meningkatkan berat badan semasa hamil.
 
Jika ibu mempunyai masalah berlebihan berat badan atau obes, puan perlu dapatkan nasihat daripada doctor. Peningkatan berat badan semasa hamil seharusnya tidak terlalu tinggi.
 
Kenaikan berat badan normal adalah seperti berikut :
5 bulan pertama
0.5 kg/ sebulan
5 bulan dan ke atas
0.5 kg/ seminggu
Keseluruhan penambahan berat badan
12.5 kg (25% daripada berat badan sebelum mengandung)
 
PERINGATAN!

Semasa hamil bukanlah masa yang sesuai untuk mengurangkan berat badan.



Sumber : bahagian pemakanan
kementerian kesihatan Malaysia
http://www.nutrition.moh.gov.my

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnangX