Cari Blog Ini

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, Disember 16, 2015

Cemburu

Aku masih lagi berusaha pam (.) (.) walaupun just angin. masuk hari ni dh 2 minggu pam angin. Aku yg memula semangat dh hilang semangat. Makan habatus sauda, halba amik depo. Ntahla sedih pun nk buat mcmana. Ni jauh dengan anak lagi la rasa kosong. Tak rasa apa2. Blunt je. Takla sedih, tak happy. Takde semangat nk makan. Mandi pun sbb nk g keje. Balik rumah tgk tv sampai tertido. Bosan nyer. Kalo ada dgn anak, boleh main dgn dia, peluk dia. hurm mmg hilang semangat. 

Tak pun tgk facebook kt phone. tapi g tgk group #bfmembers. cemburu jer. 'alhamdulillah hari ni dapat 12 oz. cukup je untuk anak'. " sedihla anak minum susu badan tapi muntah balik,susu banyak', 'alaa susu drop la dari 5 oz jadi 2 oz, mcmana ni?' 

Ya rabbi, kadang2 nk marah tp yela diorg mana tau perasaan kita. Kita ni kemain la usaha memacam, diorg ckp mcm la diorg takde susu langsung. Aku lg tak puas hati yang up status 'baru pantang 3 hari, susu pam dapat 5 oz, tp anak reject susu. Sedihla saya'. Memangla susu ko tuh banyak, perut dia 4 sudu teh je boleh muat sekali minum kalo baru lahir. Haish menyampah giler la tgk gitu.

Ye aku cemburu. Sampai tahap aku naik giveup bila tgk post2 diorg. Terus patah semangat. Rasa nk berhenti keje je. Buat keje pun dh tak berapa betul. Ceramah pun asal buat je. Ikhlas tuh bukan mudah nk diterjemahkan. 

Aku baru je ditauliahkan sebagai kaunselor laktasi. Tapi nk reject boleh tak? Rasa tak layak dh. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnangX