puisi ini sgtla bererti bagi ak...
ini ak tujukan pada dier...ak tau dia bahagia sentiasa....n ak sentiasa mengharap kebahagiaan dia...ak bahagia bl dia bahagia..dia tau tentang puisi nie...tp biarlah...maafkan ak bl ak mencintaimu...ak tidak mahu menyusahkan malah mahu membahagiakan...namun,jika dia lebih baik disisi mu....ak mendoakan kebahagiaan selalu....
Wahai hati yang sedih,
Janganlah terus bersedih..
Mungkin ini hanya ujian dariNya
Dan akan datang sinar selepas gerimis
Apalah yang mampu ku lakukan
Selain dari memendam perasaan
Ku cinta tapi kami bukanlah sepasang kekasih
Ku rindu tapi rinduku hanyalah gurauan baginya
Tiada ruang dihatinya untuk diriku ini
Tak mampu ku miliki
Tak mahu merampas dia dari yang disayangi
Biarlah jiwa ini luka dari menjadi kejam
Aku hanya menumpang kasih sayangnya
Semoga dia dijodohkan dengan yang disayangi
Rasa bersalah makin memakan diri
Ingin menjauhkan diri tapi tak mahu menyakiti hatinya
Salahkah diri ini?
Bila dia berkecil hati pabila ku cuba berubah hati
Ingin saja ku tamatkan mimpi ngeri ini
Ingin ku teruskan hidup ini tanpanya di sisi
Namun, bila benar berjauhan hati ini masih juga pedih
Akhirnya ku akur dengan kehendak hati ini
Hanya namanya abadi dalam jiwa ini
Hingga ke akhir hayatku.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan