Hari nie diba nk share tips dalam menyewa kamera. Ada yang bertanyakan bagaimana nak sewakan kamera :)
Orait. Diba share pengalaman diba yang dh sewa kamera polaroid for almost one year. Tak derla lama sangat. Tapi diharapkan dapat membantu kawan-kawan yang ingin berjinak-jinak dalam menyewa kamera polaroid nie. :)
Diba rasa yang paling kritikal semasa tempoh penyewaan.
" Pe akan jadi kalo kamera rosak?"
" Pe yang akan jadi kalo kamera dh hilang / kena curi?"
Sebab tuh diba ada kenakan duit cagaran. Untuk jaminan kamera tuh akan berada dalam keadaan yang baik semasa dipulangkan. untuk wang jaminan, selalunya diba akan markup sampai harga beli asal kamera tersebut. So kalo jadi apa2, diba boleh terus beli baru kamera polaroid yang lain. Tapi still bergantung kepada masing-masing. Kamu boleh tetapkan berapa pun nilai jaminan tersebut. :) Tapi kena ingat wang jaminan tuh kena pulangkan kalo kamera dalam keadaan baik, bukan duit kita.
Macamana kalo kamera tuh hilang atau kena curi plak kan?
So far diba belum lagi ada experience kena curi or hilang. Dalam kes nie, diba tawakal sahaja pada Allah. Sebab kita dah ada wang jaminan yang kita dh kenakan pada pelanggan kita.
Kita kena selalu follow up pelanggan kita dan kalo boleh terangkan segala prosedur kita awal-awal.Supaya mereka tahu kita bersungguh nk barang kita balik.
Kalo boleh, beritahu waktu dan tempat pemulangan kamera semasa beri kamera untuk disewakan. Ini akan memberikan gambaran kepada pelanggan yang kita perlukan kamera tersebut untuk pelanggan lain :)
Selamat berjaya!
1 ulasan:
Salam Diba, Terima kasih kerana sudi men"share" pengalaman yang panjang lebar. Harap akan datang boleh share input2 yang lain ya. Maaf lupa nak introduce.
-Adib (mohdadib88@gmail.com)
TQ
Catat Ulasan