Cari Blog Ini

Daisypath Anniversary tickers

Ahad, Ogos 30, 2015

Dilema ibu tengah tunggu hari bersalin

Hurm serious aku stress. Stress dengan husband aku. Stress dengan parents aku. Stress dengan keadaan aku. Hurmmm emosi aku tak berapa nk stabil dua tiga minggu ni. Nak cerita kt sepol pun dia bukan nk pujuk ke apa. Dia anggap aku over reaction je. Hurmmm aku sgt stress bila sepol duk stress kan aku ckp kenapa takde lagi contraction. Haih la kalo aku ni dh pernah beranak takpe la, ni first time kot. Mana la aku tau. Tensen sampai menangis. Dia duk nk compare orang lain bersalin dengan aku. Aku baru 37minggu belum apa2 tanda lagi. Kalo aku nk bersalin pun, ko tuh dh ready k nk sambut anak ko? geram sgt. Duk dgn aku pun main game kt hset je. Dh penat, g tdo. :( Ahhh aku mmg tak stabil. Dengan keadaan family aku masih dlm keadaan berduka, aku tak rasa seronok pun nk bersalin. Aku cuma nk keadaan ni cepat berlalu. Biar parent aku tak susah hati nk pikir pasal aku. :(
 
Aku basuh baju baby. Yang ada dalam bag emergency untuk ke hospital. Cuma belum ada pampers. Aku tak la excited sgt. Basuh pun sbb mak sepol dh bising asyik suh basuh. Rasa macam susah je nk bersalin. Aku smpai fikir aku ni boleh survive k lepas bersalin. Dengan apa yang dh berlaku, aku pun tak kuat nk teruskan. Dengan hutang sepol yang melampau banyak, time ni jugak la sepol nk guna duit untuk roadtax kereta dia. Rasa mcm petanda je. Lemas dalam keadaan ekonomi Malaysia yang makin teruk.
 
Aku kebelakangan ni sangat negatif. Sangat rasa down. Sangat tak kuat. Aku rasa aku nyer mood tak stabil. Aku cuba nk positif. Tapi aku mcm byk layankan je perasaan aku ni. Baca quran tapi tak jalan jugak. Banyak sangat dalam fikiran aku. Aku tak leh nk fokus untuk baby ni. Aku pun tak pasti aku perlukan atau tidak sokongan dari kawan dan famili. Kadang2 aku mmg berharap aku mati. :(

Khamis, Ogos 27, 2015

Tragedi di bulan Syawal

Yes, dh lama jari ni tak menari di komputer untuk meluahkan perasaan di blog. Seakan-akan blog ini hidup segan mati tak mau. Bisnes dh lama ditinggalkan, hobi menulis blog pun dh lama berabuk. Kalo dulu ada je yang nk dikongsikan, ada je nk berceloteh. Tapi sebab sarat mengandung, aku malas. Aku dh masuk 34 minggu masa kejadian tuh. Aku ingt lagi usai solat asar berjemaah bersama Sepol, aku baring menghadap tv bersama dia. Ah bodoh nya aku tak letak telefon sebelah semasa menonton tv. Kemudian, telefon asyik berbunyi. Bila tgk nombor yang tidak dikenali. Aku tak terfikir pun nk telefon balik. Mungkin kebetulan sahaja. Kemudian aku longlai bila baca whatapps dari sepupu aku Kak Ngah Dalila. Mengatakan adik aku sekeluarga terlibat dengan kemalangan. Meragut nyawa adik ipar aku dan satu-satunya anak buah aku. Ya Allah, astagfirullahalazim. Aku tergamam. Masih belum percaya. Terus telefon abah. Nada abah kesedihan. Dia tak mahu bercakap dengan aku. Suruh "pass" pada Sepol. Aku dapat dengar walaupun bukan dengan aku. Aku meraung. Aku menjerit semahunya. Aku tak sangka adik ipar aku dan anak buah aku dijemput olehNYA. Dalam keadaan yang masih awal, masih mentah. Anak buah aku belum lg genap setahun. Baru 5 bulan. Ruginya aku jarang2 memeluknya. Ruginya aku takut nk menciumnya. Ah menyesal aku tak habis.
 
Aku meracau sementara ditenangkan oleh Sepol. Dia pun seakan meraung tetapi terpaksa menahan perasaan demi keadaan aku yang sarat mengandung. Aku tanya apa khabar uda. Uda masih kritikal di Hospital Muar. Ya Allah, lindungila adik aku. Aku sayang dan cintakan semua adik beradikku. Demi Allah, hati aku nk sangat pulang terus ke Melaka dari Kuantan pada masa tuh. Tapi ibu abah melarang. Takut apa2 jadi dalam perjalanan. Mereka tak cukup kuat jika aku pun terlibat dalam kemalangan jugak. Aku jadi tak tentu arah. Mandi tak basah, makan tak kenyang. RISAU tuh hanya Allah je yang tau. Di takdirkan malam tuh hujan mencurah2 bagaikan menemani perasaan aku yang sugul dan sepi ni. Aku asyik menangis tak henti-henti. Jika berhenti nnt akan sambung balik. Aku terus telefon adik aku yang belajar di POLISAS. Ambik dia nk balik esok nya jugak. Aku nekad nk tgk uda. 
 
Tapi Allah lg berkuasa. Aku tak dibenarkan terus ke Melaka. Parent aku suh aku tunggu jenazah Uno (panggilan kami kepada adik ipar) dan Ariff (nama anak buah aku). Ya Allah kering dh air mata bila sampai ke cheras. Jiran2 semua meluru ke rumah bertanyakan jenazah. Aku tak kuat. Sepol yang menjawab. Aku sugul cuba menahan diri dari terus menangis. Tepat jam 2 petang kami berangkat ke Shah Alam. Jenazah Uno dan Ariff akan dikebumikan di Tanah Perkuburan di sana. Sempat juga aku lihat wajah tenang Uno dan wajah ceria Ariff. Aku sempat cium pipi Ariff. Ya Allah wangi yang tak dapat bayangkan dengan mana-mana perfume. Comel sgt. Tanpa sedar, air mata turun tanpa henti. Bahkan masa solat jenazah pun air mata aku tak henti-henti mengalir. Begitu kuat skali dugaan yang Allah beri pada keluarga kami kali ini.
 
Aku yang sarat ni gagah melangkah hingga ke tanah perkuburan. Ayah dan anak dimasukkan ke dalam satu liang lahad. Cukup ramai orang yang datang ke sana. Uno orang yang sangat dikasihi. Kawan2 jauh dekat semuanya hadir untuk beri sokongan dan doa kepadanya. Uda bertuah dapat Uno yang baik. Cuma dia pergi terlalu awal...
 
 
Sepol bukan la seorang pemandu yang gemar memandu pada waktu malam. Tapi hati aku cukup gundah gulana berjauhan dengan uda setelah hampir seharian tidak tahu khabar berita dari semalam. Dia gagahkan diri. Terima kasih abg. Aku dh tak pikir apa. Nk tgk keadaan uda. Itu je. Jangan la tarik dia sekali ya Allah. Ye mmg aku pentingkan diri. Sbb aku tak sanggup kehilangan adik aku. Kami semua tak sanggup kehilangan dia.
 
Malam tuh aku dapat lihat uda. Ya Allah syukur dia masih bernyawa. Walaupun leher dan kepala berbalut, aku tetap bersyukur. Ibu ckp dia dh lepas keadaan kritikal. Aku lega. Uda masih sakit kepala. Dia mamai je bila nmpk kami. Ibu ckp dr kt hospital beri ubat tahan sakit yang buat dia mamai. Takpela. Dia asyik tanya anak dan suami dia. Kami semua tak mahu beritahu lagi. Risau sbb pendarahan di kepala dia masih ada. Jangan-jangan kalo dia tahu tentang suami dan anak dia, tekanan darah boleh naik dan pendarahan kepala dia akan jadi serious. Aku amik cuti seminggu. Aku tinggalkan semua kerja yang sepatutnya padat sebab ada kursus yang harus aku kendalikan.Aku tak mampu nk bekerja sebenarnya.
 
Aku bergilir dengan ibu menjaga uda. Ibu pada waktu malam, aku di waktu siang. Walaupun ibu tak balik rumah mak long pun, at least bila aku dtg ke wad pada waktu siang, ibu dpt rehat di surau untuk sejam dua. Aku kuatkan semangat, tahan diri dari menangis depan uda. Kami semua berpura-pura kuat. Tak menangis langsung. Selalu bagi kata2 semangat pada uda setiap kali uda nk menangis. Bayangkan mcmana keadaan kami. Setiap pelawat yang datang dinasihatkan jangan tanya apa2 tentang arwah. Kami cuba sedaya upaya. Sekurang-kurangnya biarla sampai dia betul2 kuat untuk hadapi nya. Kami sayang sangat kt dia. Takde galang ganti.
 
Alhamdulillah tak sampai seminggu, dr pakar surgery cakap dh boleh keluar. Masuk sabtu, khamis dh boleh keluar. Tapi rabu tuh, uda dh betul2 sedar. Dia tanya kenapa along n angah taknak bagitau pasal uno n ariff. Mana uno dgn ariff. Dia tanya abah. Abah mmg dh lama tak tahan dengan perangai kami yang masih berahsia. Abah pun bgtau perkara yang sebenarnya. Uda pun bgtau dia dh lama dpt rasa yang akan ada yang sangat rapat dgn dia akan pergi tinggalkan dia. Cuma dia tak tau sapa. Katanya dh lebih dari 100 hari. Allahualam. Sampaikan dia google kt internet tanda-tanda sebelum kematian. Katanya dia tgk kt cermin kt rumah mak long ( rumah terakhir arwah lawat sblm kemalangan) masa hari kejadian, takde pantulan balik pada mata kiri tp mata kanan masih ada pantulan. Dia pelik. Bukan dia k? Allahu. Kami yang sekeluarga pun sebenarnya dapat rasakan. Ibu n abah pada khamis sebelum tuh gagal kawal kereta tp nasib baik tak berlanggar dgn sesiapa. Angah mimpi tunang dia terlibat dalam kemalangan pada jumaat sebelum hari kejadian. Aku plak dh mula pikir bukan2 sebenarnya dari hari ibu abah gagal kawal kereta lagi. Semua dh dapat tanda tp Allah lebih mengetahui.
 
Uda dh boleh keluar hospital. Dia nk tgk gmbr kejadian. Dia nk tgk gmbr arwah uno n ariff sblm dikebumikan. Dia nk tgk keadaan dia masa kejadian. Dia ckp dia tak ingt apa2 langsung. Yang terakhir dia ingt dia solat jamak berjemaah dgn arwah uno. Yang lain semua dia tak ingt. Dia tanya telefon dia mana. Tapi telefon dia ada dengan angah. Angah dh balik sekolah. tapi khamis malam tuh angah balik melaka. dia amik MC hari jumaat. huu sekolah kejam bukan bg kalo cuti sbb kematian, angah cakap. So malam khamis tuh uda beriya nk tgk handset dia. Tapi sebab kena air. (sbb kereta diorg terjunam dalam tali air) So telefon dia tak dpt 'on'. So telefon aku la tempat dia nk tgk semua gambar yang ada. Aku tgk dia kuat. Tak menangis. Dia redha. Mungkin tak semua dia dpt tgk. So dia mampu bertahan lagi. Malam tuh abah buat tahlil di surau. Sekali nk berterima kasih pada orang kampung yang pantas cuba selamatkan ariff dan uno. Terima kasih sgt2. Sbb kan diorg semua baik dan pantas, mayat uno dpt ditutup dgn kain batik dan ariff at least cuba jugak diselamatkan. :( Barang-barang berharta pun takde yang hilang.
 
Malam esoknya tahlil di rumah maklong plak. Semua adik2 aku balik kecuali adik aku kt POLISAS. dia dh pulang ke Kamsis dia. Ibu larang dia balik. sbb semua pun dh okay. takut terganggu pelajaran dia. Kebetulan adik aku yang belajar di Kolej Komuniti Sg Petani pun balik. Allahualam. Dia mmg nk balik tp bukan untuk kemalangan ini. Ya Allah Kau mmg dh aturkan semuanya kan?
 
Masa tahlil uda makin pening. Yela mungkin aku pun tak brp tgkkan dia sbb nk uruskan untuk majlis nnt. Family arwah uno datang bg semangat pada uda. Bahkan masa di hospital muar pun mak arwah ada dtg untuk tgkkan uda. tapi dia tak kuat untuk bercakap dgn uda sbb dia pun masih sebak atas kehilangan anak kesayangan dan satu2 nya cucu lelaki kesayangannya. Uda tak dpt nk layan mak mertua dan adik ipar dia. Tapi dapat jumpa uda pun cukup bg keluarga arwah. Mereka sayang sgt kt uda. Sampai skrg pun tiap2 minggu kalo dpt , mmg dtg tgk keadaan uda. Alhamdulillah.
 
Sekarang dh hampir 3 minggu berlalu. Tapi rindu dan sedih masih ada. Mereka di luar mungkin boleh bilang redha. Tapi mampukah kita ?
 
Kt laptop aku mmg aku letak gmbr raya tahun lepas dan gambar kawin aku.
 
Lengkap semua orang ada. Sobbsss. tiap kali bukak laptop.
 
gambar ni pun jd cover photo aku kt facebook
 
 
masa sanding kt belah aku

raya tahun lepas :( 2014
  •  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnangX