Cari Blog Ini

Khamis, Februari 23, 2012

bad review?

salam sayang untuk semua:)

napa tetiba nk bangkit kan isu nie.

diba tertarik dengan statement dari mutiara catering.actually nie post lama dh.hehe aku nie mmg tertinggal train.hehe


'Salah faham ayat saya ni.. saya dah kata tak semua orang akan berpuas hati dngan perkhidmatan kami walaupun kami cuba yang terbaik.. pada pelanggan yang tidak berpuas hati dengan kami.. kami mohon seribu kemaafan. mohon maaf kerana kami tidak dapat buat yang terbaik di majlis anda.cuma yang saya ralat bila kata kami masak tak betul/menipu.itu (ayat yang ini ya) yang saya kata fitnah.bukan saya sombong,bukan saya bongkak.tapi apa anda rasa kalau anda dah cuba beri yang terbaik tapi at the end org kata anda menipu? sy tahu ada saja blog,fb status yang memburukkan kami tapi saya anggap itu adat perniagaan. saya tidak pernah berminat nak ambil tindakan terhadap org2 yang beri bad review pada kami kerana pada saya itu hak masing2. cuma pada pendapat saya adalah lebih baik jika anda consult kami dulu dan mendapat penjelasan dari kami sebelum anda menghebahkan ttg perkara ini pada khalayak. kerana perkara yang berlaku ketika berlangsungnya majlis perkahwinan anda adalah di antara wakil katering dan juga wakil tuan rumah. kadang kala terdapat misscommunication berlaku. jadi jika anda refer kami terlebih dahulu sebelum assuming things.. mungkin anda akan faham kenapa ianya berlaku. kami bukak bisnes bukan untuk melingkupkannya..menabur pasir pada diri sendiri. kami telah cuba yang terbaik bagi memuaskan hati anda semua. tapi bukan kehendak kami jika sesuatu perkara berlaku di luar kemampuan kami. akhir kata sekali lagi saya memohon maaf sekiranya anda terguris hati dengan perbuatan dan perkataan. yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari kami.wallahualam'


sbb diba mmg penah dapat mesej dari sapa ntah kt fb pasal mutiara catering nie.haish.minta simpang la.

Assalamualaikum..tiada niat utk menyebar fitnah, memalukan mana2 pihak atau menjatuhkan perniagaan sesama melayu, islam...hal ini berlaku kepada saya sekeluarga ketika majlis perkahwinan saya pada 05/02/2012 utk dijadikan pengajaran buat yang lain. Kami menggunakan perkhidmatan Mutiara Services Catering.
-walaupun kami sudah bayar RM14,850 seminggu awal,tapi apa yang kami terima seperti:
-Air yang dihidangkan mengandungi rumput.(teguran dari tetamu)
-set buffet amat menggelikan dan comot sehinggakan ada baju tetamu yang kotor disebabkan kuah tumpah atas meja
-lauk yang ditambah melimpah keluar dari set buffet.beberapa ketul ayam jatuh diluar set buffet.
-Kuah melecak & langsung tidak berlap sehingga disuruh oleh pengantin
-Staff Yang amat biadap.staff duduk hanya memerhatikan tetamu.pinggan kotor berada atas meja tanpa dibersihkan
-apabila aduan dibuat, Shafiq, adik ipar hakimin (owner)ugut nak gegar(gadoh) satu kampung. Lebih menyakitkan hati apabila Shafiq menyatakan ugutan tersebut kepada ibu pengantin.
-supervisor yang mengurus majlis juga bersikap kurang ajar dengan tuan rumah. 
-meja pengantin dihias tidak seperti dlm gambar dan apa yang dijanjikan oleh shafiq.
-pekerja buang ais didalam longkang dan mengatakan pada tuan rumah ais sudah habis.
-bahkan, tuan rumah diarahkan oleh staff Mutiara Catering utk menambah air gula kerana tidak mencukupi.Tuan rumah terpaksa menanggung kerugian dengan tambahan 8 kilo gula.
-tuan rumah terpaksa menambah ais batu 2 paket besar.
-pakej yg diberi 10 kilo nasi putih namun tuan rumah menambah lagi 5 kilo sblm majlis dan sudah dibayar.walaubagaimanapun kami terpaksa memasak sendiri lagi 5 kilo nasi putih.
berikutan nasi putih tidak mencukupi.
-sebelum majlis habis(2.30 ptg) pinggan makan tidak mencukupi.Tempahan yg dibuat 1200 pax sedangkan tetamu yg hadir adalah 900 orang berdasarkan jumlah doorgift yang diberi pada setiap tetamu.
- lori catering telah datang dan berada di satu-satunya laluan masuk tetamu (pintu gerbang) pd jam 3.30 ptg utk memunggah brg. sedangkan para tetamu masih ada yg dtg dan makan di bwh khemah.jalan 
alternatif lain diberi namun supervisor kurang ajar dan menjawab dengan nada kasar. 
- ketidak puas hatian dari tuan rumah menyebabkan berlaku petengkaran
-setelah perkara ini terjadi dan memalukan kami sekeluarga, En Hakimin dengan sendirinya telah meminta maaf kepada tuan rumah.
-sesiapa yang ingin mengetahui perkara ini dengan lebih detail, boley pm sy.ada beberapa gambar yang sy akan upload selepas ini sebagai bukti selepas ini.

-SEKIRANYA terdapat penipuan dari segi servis mahupun bilangan makanan yang diberikan,kami sekeluarga menHARAMkan setiap sen yang dibayar.Jika anda mendapat layanan baik drpd catering ini anda bernasib baik, tetapi tidak bagi sy. Kami pernah menggunakan catering ini sbelum ini(2009) dan mereka bg yang terbaik,tetapi kali ini perkhidmatan yang diberikan amat mengecewakan dan memalukan.

so fikir-fikirkanlah..majlis perkahwinan kan sekali je seumur hidup..dengan perkataan maaf tidak dapat mengubah apa-apa yang telah berlaku yang menjadi palitan sejarah hidup..


pe yang merisaukan diba gejala memberi bad review nie.bukan la diba nk menyokong diorg (vendor) buat salah.tp mcm kritikan mereka macam menghancurkan bisnes mereka.bukan nk membina mereka.

bukan kah manusia tuh tidak sempurna?

" Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa  kemenangan  atau kekalahan). Kami gilirkannya di antara manusia  (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah mengenai orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya)".
(QS Ali Imran ayat 140).
taken from here


diba rasa perbincangan adalah perkara yang terbaik.dari menganggap perkara yang bukan2.

bukan kah sifat berprasangka baik itu sifat mukmin sejati?

 Rasulullah S.A.W. bersabda yang mafhumnya :

"Amat menakjubkan  sikap seorang Mukmin yang sentiasa memandang baik terhadap segala sesuatu yang berada di persekitarannya. Sikap ini  sebenarnya tidak pernah wujud pada umat yang lain kecuali kepada golongan Mukmin. Apabila seseorang Mukmin itu memperoleh kebaikan, dia langsung bersyukur kepada Allah dan itu adalah baik baginya. Jika dia ditimpa keburukan, maka dia pun bersabar menghadapinya dan ini pun baik baginya ". (HR Muslim)
taken from here

entahla tak tau nk percaya siapa. allahualam.



Selasa, Februari 21, 2012

attention to all blogger!!!

salam sayang untuk semua :)

just nk sharing this best news!!!


taken from Ministry of Moment


taken from their fanpage.


"EXTRAVAGANZA BALI CONTEST FOR ALL BLOGGERS!!!
Menangi percutian PERCUMA ke PULAU BALI selama 3 hari 2 malam utk 2 orang.
Pakej termasuk penginapan dan travel guide.
email details anda di contest@ministryofmoment.com
hubungi +60391710707 untuk keterangan lanjut"



Jumaat, Februari 17, 2012

Love Machine Photography



salam sayang untuk semua :)

love to introduce a company that is so close and someone that i know! dari kecik.ok takla kecik sangat.dari darjah 6 je.tapi kitorg takla that close.(perlu k explain?hahaha)

tak nak membebel panjang.

this is taken from their fanpage

Attractive & awesome packages rate awaits you. Kindly email us for further inquiries. You 

will not regret ;)


+ Pre / Post Wedding+

+ Engagement+

+ Wedding+

+ Baby Shower+

+ Family Portrait+

+ Maternity+

+ Couple+

+ Birthday Party+

hehe wedding
engagement

baby shower

engagement

diorg sangat2 baru. so for those area KL.why not tanya diorg kan??


email : lovemachinephotoography@gmail.com

quick update for the photoboothcorner:)

salam sayang untuk semua:)

just nk update for next week job.

3 canvas printing
1 guestbook
2 easel (buy)

so nnt diba update bila suma nyer dah siap.hehe

owh..diba nk bagitau.diba nk mudahkan impian untuk kawan2 nk sewa kamera polaroid dengan harga yang berpatutan.


diba nk bagi sewa kamera polaroid dgn 2 kotak instant filem. :) sekali.takyah nk pikir2.

harga RM130 (tapi tak termasuk RM200 untuk deposit)


so kalo berminat boleh la sms diba 0162065767 atau email diba adibahzack6@yahoo.com

:)

Khamis, Februari 16, 2012

yuran pengajian

salam sayang untuk semua

apa khabar semua?diba sekarang so far belum ada apa2 persiapan tentang perkahwinan.kalo ada pun bukan dalam masa yang terdekat.

sebab sekarang diba masih lagi struggle untuk habiskan master diba yang tak tau bila nk abisnyer nie.hehe

risau?mestila.sangat.pesal la kan aku tak abis2 lagi.tapi takpela nie kan dugaan dari Allah.lagipun bak pepatah " bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian"

minggu nie sepatutnya dh pendaftaran untuk semester baru.dan aku nk mendaftar untuk sem nie.tapi syarat untuk mendaftar ialah diwajibkan membayar yuran pengajian sebanyak RM1535 untuk pelajar master mcm aku nie.kejam?aku rasa mcm ala2 cter cerekarama yang part budak2 susah payah nk sambung belajar.huuu

so aku takder duit nk bayar yuran pengajian.aku tak la terus berputus asa.mcm tak thrill la plak.aku minta duit kt zakat.apa yang boleh aku ckp,sangat tak friendly dan susah untuk berkerjasama.

bukan aku nk mengaibkan ke apa.cuma aku nk memperingatkan diri aku dan kawan2 aku,yang walaupun tempat zakat tuh kita boleh minta yuran pengajian.tapi secara jujurnya mereka tak pandang orang macam aku nie.bagi mereka, orang yang menyambung pelajaran sehingga peringkat master dan PhD adalah orang yang berkemampuan dan mempunyai kelebihan duit dan masa untuk belajar.

aku sedih la kot.mungkin aku berjumpa dengan pegawai zakat yang salah la kot.dier boleh suh aku pinjam duit RM50 dengan 30 orang.aku rasa mcm satu penghinaan.hmm tapi sebagai manusia kita nie tak sempurna la kan.tak perlu la kan nk buat macam tuh.

aku rasa aku bukan manusia yang mudah menerima hakikat yang aku tak mampu untuk sambung pengajian sebab alasan yang tidak munasabah dari pegawai zakat tuh.so aku truskan dengan plan B aku. KWSP. penyata terkini aku pas keje kt kenny rogers 3 bulan hari tuh ada la dalam RM12++. tapi tuh jumlah akaun 1 dan akaun 2.tak kisahlah kan. tolak la mana2 yang boleh kan?

so aku pergi KWSP kt hentian kajang dan aku tanya kt kakak kt kaunter pertanyaan KWSP tuh.

aku : akak, saya nk keluarkan duit dalam KWSP saya untuk yuran pengajian saya
kak:  owh.. (sambil keluarkan borang) nnt sila isi borang pengeluaran untuk yuran pengajian nie
aku: akak, yang boleh keluar akaun 1 ke akaun 2?
kak: akaun 2 dik,kenapa?cukup tak?
aku: yeke?alaa.. akaun 2 ada dalam 3++ je.mcm tak cukup la nk bayar yuran
kak: owh...sikit sangat tuh kalo nk keluarkan.better adik takpayah keluarkan
aku: hmmmmm...baikla akak

aku keluar dari KWSP dengan hati yang pasrah.Ya ALLAH,aku tau Kau tak kan membebani hambaMu dengan beban yang tidak mampu dipikul oleh nya.

aku tak berputus asa.aku rasa aku akan keluarkan duit 3++ yang ada dalam KWSP tuh.masa nie aku tak bincang lagi dengan sepol.sebab sepol kebelakangan nie sibuk buat OT.aku tak nak risaukan dier.

then malam tuh dier tanya, kenapa dengan status facebook aku pasal yuran pengajian.


so aku cerita la yang aku perlukan duit untuk yuran pengajian aku.aku stress sangat.tak tipu.dulu ada duit  NSF.aku tak la risau sangat.belajar je.skrg dh extend so susahla tiap kali semester.

dier dengar dan dier ikhlas nk bagi RM5++ aku rasa lega.tapi risau gak.sbb dier bukan suami lagi dh macam tuh.haish.tp aku lebih kepada memerlukan la kan dalam waktu2 macam nie.dan sbb tuh gak la dier asyik OT.sbb nk bagi duit lebih kat aku.terharu ok.tak perlu bagi bunga atau coklat.cukup dengan perbuatan dier, aku tau dier sangat sayangkan aku.

so aku ada dalam RM3++ tambah RM5++ adalah dalam RM8++. baki lagi RM7++. aku rasa bayar selebihnyer guna duit RA aku.takpela bulan nie sengkek sikit ah..

setel.aku la rasa.sbb suma pun kena tunggu dapat gaji dulu.hehe.tuh plan yang bermain dalam minda aku.

Allah dh janji kan 

Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya).
surah al naml : ayat 27

Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (surga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya.
surah yunus : ayat 26


ada hamba ALLAH memudahkan perjalanan aku.siapa?biarlah rahsia.terima kasih atas pemberian.diba akan belajar bersungguh-sungguh.dier dh dermakan RM1++ untuk aku.


so aku dh ada RM9++.tinggal lagi rm6++. duit dr yang patut aku ganti masih lagi berbaki RM7++.boleh la aku gunakan duit dari dr.senang aku hendak pulangkan. yela dier kan supervisor aku.mestila aku kena bayar gak hutang aku tuh nnt.

Alhamdulillah.aku bersyukur.aku dredhai dan dilindungiNya.



Selasa, Februari 14, 2012

update.hehe

napa senget nieh


salam sayang untuk semua.

last few weeks diba jalan2 kt ipoh.suka la kan dapat jumpa family dier.hehe

well nothing much i guess.


Rabu, Februari 08, 2012

thephotoboothcorner update!

salam sayang untuk semua:) 

just a quick update. last month we do backdrop and guestbook for alia & azmi.

credit to alia. our guestbook
our backdrop with letter from alia.
well interested?

adibahzack6@yahoo.com / saifulcorner@gmail.com

or sms/call/wassup us! 0163235767-saiful / 0162065767-adibah

Isnin, Februari 06, 2012

foam flower

salam sayang untuk semua:)

being thinking of doing this foam flower for the backdrop.tapi how eyh?


cantek nyer.mcmana eyh mai buat?leh ajar tak?

taken from mai's blog
ada jumpa tutorial buat bunga felt bouqet 

taken from here

hurm...maybe kalo susah sgt will do the tutorial nnt:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnangX