Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, Mei 29, 2014

Pemakanan Bayi dan Kanak-kanak

Selamat sejahtera semua :)
 
Aku tgh tunggu icloud aku download semua gambar dari iphone aku. So aku nk taip sementara nk siapkan tuh
 
Pemakanan bayi yang paling bagus adalah susu ibu. Dalam susu ibu ada hormone, antibody yang tidak ada dalam mana-mana susu formula. Dalam susu ibu juga boleh membantu penghadaman bayi untuk menerima nutrient yang cukup. Untuk penyusuan susu ibu kami galakkan penyusuan sehingga berumur 2 tahun.
 
Makanan pelengkap pula sepatutnya diperkenalkan seawal usia 180 hari atau 6 bulan dan ke atas. Ini kerana pada masa ini bayi perlu untuk merangsang saraf motor percakapan dan mengunyah dengan baik. Speech therapy yang terbaik dengan memberikan bayi dengan makanan yang sesuai untuk peringkat umur bayi tadi. Jika makanan pelengkap diberikan lewat dari usia 6 bulan. Mungkin bayi akan mengalami masalah dalam pertuturan dan jugak ada masalah menerima makanan selain daripada susu. Dan yang paling utama keperluan dari susu ibu tidak dapat menampung keperluan bayi untuk membesar.
 
 
 
Jika makanan diperkenalkan terlebih awal harus diingatkan tentang kebersihan makanan yang diberi. Ini kerana mungkin boleh terjadi keadaan di mana bayi mengalami cirit-birit, muntah-muntah akibat makanan yang diberi tidak dijaga kebersihannya. Selain itu, kemungkinan untuk ibu untuk hamil semua amat tinggi. Kenapa ibu harus menjarakkan kehamilan kerana untuk mengelakkan ibu mendapat risiko kanser payudara dan juga mengelakkan anak mengalami kekurangan zat makanan.
 
Makanan pelengkap diperkenalkan dengan sedikit dahulu. Ini untuk memberi bayi td menikmati rasa semulajadi makanan td. Harus diingtkan bahawa bayi yang mempunyai sejarah keluarga yang mengalami alahan contoh nya kepada susu lembu, telur, bijirin atau kekacang dan juga makanan laut tidak didedahkan dengan makanan tersebut hinggalah usianya mencapai umur 12 bulan.
 
 
 
 
Untuk mengelakkan bayi tercekik dengan makanan, harusla diingat beri makanan yang boleh dikunyah oleh bayi dan tiada tulang ayam dan ikan yang berpotensi untuk bayi tercekik.
 
 
 
 
Pemakanan bayi semasa sakit amatla kritikal kerana bayi banyak kehilangan air masa sakit. Perhatian yang lebih harus diberikan untuk mengelakkan bayi td susut berat badan dengan teruk.
 
 
Pemakanan yang seimbang harus diterapkan dalam makanan bayi untuk mengelakkan bayi td mengalami masalah kekurangan zat makanan seperti anemia yang menyebabkan bayi menjadi lesu dan tidak bermaya.
 
 
 
Penghargaan slide dari senior aku Pn Khalidah :) hehe aku tukang bentang je
 
 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnangX