Salam semua, minggu lepas aku pergi kursus penyusuan susu ibu 20 jam. Satu kursus yang mana semua bahagian klinikal (terutamanya yang mmg direct contact dengan patient) wajib hadir untuk merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan klinik dan hospital rakan bayi.
Susu ibu sangat penting untuk tumbesaran bayi dari usia selepas lahir hingga 2 tahun. Susu ibu terdapat growth factor IgA, hormone, dan juga imune & antibody yang mana tidak terdapat pada mana-mana susu formula. Susu ibu juga unik kerana kandungan lemak, protein dan karbohidrat yang boleh berubah-ubah mengikut usia dan kesihatan bayi itu sendiri. Kandungan susu ibu juga boleh berubah hatta dalam sekali minum. Ini yang kita panggil foremilk (di awal penyusuan) dan hindmilk (di akhir penyusuan).
Kenapa susu ibu penting?
Susu ibu penting untuk ibu dan juga bayi. Jika untuk bayi lengkap pemakanan untuk tumbesaran, ibu pula dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin jika menyusukan susu ibu. Menyusu susu ibu dapat membantu ibu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser servik. Bila menyusu ibu, dapat menjarakkan kehamilan kerana dapat menindas proses ovulasi.
Walaubagaimana pun, terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh para ibu terutamanya ibu yang pertama kali melahirkan anak. Ini kerana selalu beranggapan yang susu mereka sedikit dan bayi tidak mahu menyusu susu badan. Para ibu harus memulakan proses penyusuan susu ibu seawal sejam selepas kelahiran. Ini untuk memberi peluang untuk bayi belajar cara menyusu dari payudara ibu dan mengelakkan bayi dari hypoglycemia.
Terdapat juga masalah putting terbalik (inverted nipples) tetapi jika diberi kaunseling yang betul masih lagi boleh menyusukan bayi tadi. Sama juga jika bayi tidak mampu untuk menelan, ibu masih boleh menyusukan susu ibu dengan cara memberi susu menggunakan cawan atau haberman feeder.
Ini juga salah satu cara untuk mendapatkan cara yang betul untuk menyusukan anak. Ini penting supaya ibu tidak lenguh dan seterusnya tidak membebankan ibu untuk menyusukan anak.
Bagi ibu yang bekerja, menyusukan susu ibu bukan la satu perkara yang mudah. Ini kerana mereka terpaksa terpisah dengan anak mereka untuk jangka masa yang agak panjang bagi bekerja. Penyusuan seharusnya diteruskan dengan memberikan expressed breast milk (EBM). Ibu yang menyusu perlu mengepam susu mereka untuk bayi dan jugak untuk elakkan payudara mereka bengkak kerana tersumbat susu di saluran susu disebabkan tidak mengepam tadi.
Cara untuk menyimpan susu pula jika tempat sejuk beku (freezer) boleh bertahan selama 3 bulan
jika simpan di bahagian sejuk (refrigerator) 3 hari untuk fridge yang tak ada thermometer. Jika ada thermometer dan dapat sahkan keadaan fridge dalam suhu 2-4oC, boleh bertahan 3-5 hari.
Untuk deep freezer boleh bertahan selama 6 bulan.
Kita tak galakkan simpan balik selepas guna. Sbb takut dh tercemar dengan kuman sekeliling. Kita juga tak galakkan campur susu lama dengan susu baru. Kerana setiap kali expressed milk, kandungan lemak protein berbeza. Jika dicampurkan akan menghasilkan rasa yang tidak enak dan dikhuatiri akan menyebabkan bayi tadi tidak selesa.
Untuk panaskan susu yang disimpan tadi, hendaklah secara tidak langsung dengan sumber api. secara merebus seelok-eloknya. Suhu hendaklah tidak lebih dari 37oC.
Jika para ibu ada masalah penyusuan susu ibu, jangan runsing dan gusar. boleh pergi ke mana-mana klinik kerajaan dan bertemu dengan kaunselor laktasi dan juga boleh dapatkan sokongan dari kumpulan sokongan penyusuan susu ibu berhampiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan