Salam semua kawan,
Diba hari nie terlintas nk menulis. Lama dh kot tak tulis apa2 pada blog ini. Diba lebih kepada study and bisnes diba. kalo ada entry terbaru pun pasal bisnes jer. Bosan? Hurmmm tak la sebab diba mmg buat bisnes yang dekat dengan hati diba. Diba mmg suka sangat dengan photobooth dan kalo ada apa2 yang berkaitan dengan photobooth mmg akan menarik perhatian diba. Kalo ada kawan-kawan yang buat photobooth pun diba suka nk tengok. things yang mmg dh sebati dengan hidup diba. Diba baru-baru ni buat keputusan yang akan menyebabkan diba rasa sedih. Diba akan berhenti belajar. Atau lambat skit untuk habiskan pelajaran diba. Untuk pengetahuan kawan- kawan, diba sekarang sedang mengikuti program ijazah sarjana dalam bidang sains makanan.
Dh tambah pengajian pun. Hampir 4 tahun dh. Mungkin kena stop la kot. Sebab lama sangat. Tapi tak tau la kalo diba cukup usaha untuk siapkan master diba nie.
Diba malas nk pikir panjang-panjang. Baru-baru ini diba diinterview sebagai tutor di UCSI. Harapan diba untuk teruskan master masih ada kalo diba diterima jadi tutor di UCSI. Tapi kalo bukan rezeki diba, diba akan cari keje untuk tampung yuran pengajian diba nnt di masa akan datang. Semangat diba masih kuat. tiada sapa yang paksa diba amik master nie. Diba sendiri yang mahu. tapi kalo lepas nie diba maybe akan minta pengajian master yang lebih mudah la. Dan sambung hingga ke pengajian ijazah kedoktoran. Amin.
Sapa kata tak cemburu bila lihat kawan-kawan lain dh graduasi? Siap dh dua tiga kali. Mungkin rezeki diba belum nampak hasil lagi. Diba sekarang dapat rezeki dalam bisnes plak. Alhamdulillah.Tak pun diba mungkin lebih sesuai dalam bidang lain.
Diba baru-baru ini dapat rezeki durian runtuh untuk bisnes. Tapi belum bersedia untuk share dengan semua. Sebab belum jadi lagi. Nnt dah jadi, diba share dengan semua :) doa diba perjalanan diba di rahmati Allah :)
Untuk semua kawan2, diba nk share gambar retro yang diba suka sangat. Gambar pre-wedding Farid Kamil dan Diana Dianelle :)
AnnasEaskey Photography |
AnnasEaskey Photography |
Diba doakan Farid Kamil dan Diana Dianelle selamat pengantin baru :) moga kekal bahagia sehingga ke syurga :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan