Cari Blog Ini

Daisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label itu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label itu. Papar semua catatan

Sabtu, Jun 25, 2011

rezeki itu kan keje ALLAH

salam sayang untuk semua:)

hehe pe khabar semua?sihat?wt pe je hujung minggu nie?sihat x?

hari nie duduk diam je kt rumah.pg tadi dh jadi parent g tgk result adik2 kt skola.haish.memasing result leh tahan.huhu

rezeki itu mmg keje ALLAH kan?xsemua orang mendapat rezeki yang sama.ada yang dapat rezeki yang melebihi dari yang diperlukan.ada juga yang mendapat rezeki yang kurang dari yang diperlukan.

bila aku mula rasa cemburu, aku selalu ingt yang itu.rezeki itu keje ALLAH.Ya ALLAH, aku mmg manusia biasa.tak lari dari sifat manusia yang cemburu.namun begitu,aku cepat2 istifar supaya tidak timbul sifat hasad dengki dan juga dendam.

jangan la kita cuba memburukkan orang lain jika diri sendiri pun tak betul.aku mengaku,hati nie bila panas,hamburan kata pasti akan menyakitkan.aku insaf.banyak kekhilafan aku.aku akan cuba berubah menjadi manusia yang lebih baik dari semalam.

siapa yang tidak suka akan kejayaan dan kekeyaan?tentu sekali mereka yang tidak mencapai nya.mereka mahu menjatuhkan orang lain.aku insaf.setakat ini, aku xla smpai menyebarkan surat layang atau memburuk2kan orang lain tapi aku sedih bila ada yang cuba melaga2kan dan bertindak menabur pasir pada periuk nasi orang lain.mungkin mudah lagi berkata,bukan kah kata itu lebih tajam dari pedang yang tajam??

aku bukanlah manusia sempurna.tapi aku cuba menjadi manusia yang mampu berusaha dan bersaing dengan yang lain.dari segi agama dan kehidupan.aku sentiasa mencari peluang yang boleh membantu aku untuk berjaya di masa akan datang.

tambahan pula,sekarang medium internet yang tiada sempadan.walaupun khabar angin yang tidak tahu puncanya pun boleh disebarkan sekelip mata.ALLAHUALAM. dulu tiada internet xramai yang tahu,kini hanya dengan tekan butang di facebook atau di blog..hampir semua orang tahu.

ah.rasanya semua orang pun sudah fahamla dba.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnangX