Cari Blog Ini

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, Julai 08, 2011

surah Alam Nasyrah

salam sayang untuk semua:)

pe khabar semua?:)meh kita fahami maksud surah alam nasyrah.:)


ALAM NASYRAH
(BUKANKAH KAMI TELAH MELAPANGKAN)

SURAT KE 94 : 8 ayat

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

PERINTAH ALLAH KEPADA MUHAMMAD S.A.W. AGAR TERUS BERJUANG DENGAN IKHLAS DAN TAWAKKAL
1. Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,


2. dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu,

3. yang memberatkan punggungmu[1]?
[1]. Yang dimaksud dengan beban di sini ialah kesusahan-kesusahan yang diderita Nabi Muhammad s.a.w. dalam menyampaikan risalah.

4. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu[2],
[2]. Meninggikan nama Nabi Muhammad s.a.w di sini maksudnya ialah meninggikan derajat dan mengikutkan namanya dengan nama Allah dalam kalimat syahadat, menjadikan taat kepada Nabi termasuk taat kepada Allah dan lain-lain.

5. Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, 

6. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

7. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain[3],
[3]. Maksudnya: sebagian ahli tafsir menafsirkan apabila kamu (Muhammad) telah selesai berdakwah maka beribadatlah kepada Allah; apabila kamu telah selesai mengerjakan urusan dunia maka kerjakanlah urusan akhirat, dan ada lagi yang mengatakan: Apabila telah selesai mengerjakan shalat berdoalah.

8. dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. 


AMIN.


4 ulasan:

Unknown berkata...

suka.doa ni jugak boleh baca kalau di saat berdepan dengan interview/orang2 besar.boleh dapat ketenangan insyaAllah ;)

LisaLisut berkata...

yg tahu kan diba, masa kat MRSM dlu ustaz bagi tazkirah dia ade ckp kala nk lembutkan hati org pn bole baca surah ni jugak :)

sll kalau i gaduh dgn kawan i n ego siot nk mintak maaf i baca surah ni 3x.hehe.so far mcm mujarab je haha

farahfatihah berkata...

good sharing dba...tq

iedayah berkata...

kte sbg org islam ni untung kn..sume da ad dlm Quran tggl nk mendalami je lg.btw,thnx dbah share isi kndungan surah ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnangX