Salam semua :)
Raya tahun nie Diba bersahaja.Persiapan lebih kepada rumah. Sebab target nk kenduri tahun depan. InsyaAllah.Walaupun tidak bekerja, tapi kita masih ada impian kan?hee. Kalau nk kawin tuh, insyaAllah ada rezeki. Ruang tamu dh cantik. Nnt nk kumpul duit kemas dapur dan bilik. :) Perlahan-lahan. Masih banyak masa. Diba pun harapkan pada bisnes ThePhotoBoothCorner. Doa Diba agar tahun 2013 berikan harapan baru dan semoga bisnes Diba bertambah maju.Amin.
Diba tak ke mana-mana. Cuma hari raya ke-2 Diba dan keluarga berjalan ke Kg Sebatu, Jasin, Melaka. Jumpa atuk sedara dan mak cik n pakcik :) Merapatkan silaturahim :)
Masuk hari nie dh dua hari Diba berpuasa sunat + ganti pose di bulan Syawal. Alhamdulillah. Sebab tahun nie budget raya dh ke rumah, so raya kt rumah la.heee
Ada pendapat mengatakan tak elok menggabungkan niat puasa sunat + qadha. Kerana puasa qadha adalah harus didahulukan.maknanya kalo nk puasa sunat 6 Syawal, kena qadha dulu. Tapi kan, Diba dh buat pose ganti + sunat nie ever since I was small.
Mungkin Diba akan ikut pendapat yang mana dibolehkan sekali kan niat. Dengan syarat niat qadha puasa Ramadhan dulu baru puasa sunat 6 Syawal.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Semua :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan