Cari Blog Ini

Daisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label kalori. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kalori. Papar semua catatan

Khamis, Jun 23, 2011

mcmana nk kira keperluan tenaga kita?

salam sayang untuk semua:)

apa khabar semua?? mesti semua jadi konfius mcmana nk jaga pemakanan kita agar kita xterlebih makan or terkurang makan..HAHA..tp rasanya ramai yang takut terlebih jer..heee


meh kita belajar bersama-sama.


mengikut pembacaan dba[if salah tlg bgtau eyh] untuk mengenalpasti berapa kalori yang kita mesti amik kita mesti mengira BMR kita.


apa itu BMR?


BMR ialah basal metabolite rate. hahaha..


pe 2??BMR ini ialah keperluan dalam badan untuk berfungsi seperti mengepam darah, memperbaiki sel dan memberi tenaga kepada otot ketika badan sedang rehat.


dalam erti kata lain, BMR adalah keperluan kalori badan yang paling minima.
sumber sini


BMR tidak sama untuk semua orang. 


cara pengiraan BMR ialah


lelaki :       66 + (13.7 x berat(kg)) + (5 x tinggi(cm)) - (6.8 x umur (tahun))
perempuan: 655 + (9.6x berat(kg)) + (1.8 x tinggi(cm)) - (4.7x umur(tahun))
sumber sini


apabila sudah mengira BMR, kita harusla mengira kandungan kalori yang diambil dengan menentukan kegiatan kita sehari2 untuk mengekalkan berat badan.tetapi untuk mengurangkan berat badan kita harus la mengurangkan sekurang-kurangnyer 500 kalori sehari.

kegiatan sehari2 diambil dengan menggunakan formula harris benedict. sumber sini

-sedikit atau tiada senaman : kalori - pengiraan = BMR x 1.2
-senaman ringan /sukan 1-3 hari dalam seminggu = pengiraan kalori = BMR x 1.375
-senaman sederhana /sukan 3-5 hari dalam seminggu = pengiraan kalori = BMR x 1.55
-senaman secara aktif/sukan 6-7 hari dalam seminggu = pengiraan kalori = BMR x 1.725
-senaman sangat aktif / selalu bersukan dan kerja secara fizikal atau rutin latihan = pengiraan kalori = BMR x 1.9

cara yang paling berkesan untuk mengurangkan berat badan ialah dengan menurunkan 15-20% dari keperluan kalori sehari2.. :)

semoga kawan2 dapat menurunkan berat badan hingga ke berat badan ideal:)

Rabu, Jun 22, 2011

bagaimana mengira kalori makanan?

salam sayang untuk semua:)

apa khabar semua kawan2? untuk mudahkan kawan2 bagaimana cara mengira kalori makanan sehari2

PANDUAN MENGIRA KALORI MAKANAN

Kategori:Kuih Muih

1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk

1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

kategori minuman
minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
minuman kotak 250g - 105 kal
susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
susu tepung tanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
aiskrim 2 skop- 390 kal
susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
mentega 2 sudu teh - 75 kal
keju chedar 1 keping -58 kal


Petua memilih makanan di restoran :

sebelum menempah meja, dapatkan maklumat sama ada bahan ramuan hidangan dapat ditukar baca menu dengan teliti dan pilih makanan yang sihat.
Pilih makanan yang bersayur. Minta salad tanpa dresing minta makanan yang kurang berminyak, garam dan tanpa serbuk perasa (MSG).
Minta yang menggunakan perasa seperti rempah atau herba pilih hidangan yang dikukus, rebus, panggang atau dibakar jika ada sos, minta ianya disajikan berasingan jika anda memerlukan makanan yang rendah kolestrol, elakkan makanan berdaging seperti otak, hati dan buah pinggang atau ketam, udang atau sotong pilih makanan yang disediakan pada asalnya memang berkalori rendah

minta buah-buahan sebagai pencuci mulut minum air, teh atau kopi tanpa gula daripada meminum minuman ringan yang manis atau beralkohol

info ini dba amik kt sini-->http://www.langsingsihatformulasipakar.blogspot.com/2010/01/tips-pengiraan-kalori-makanan.html

next entry dba share mcmana nk kira berapa banyak tenaga yang diperlukan setiap hari:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnangX