amik dari blog en badruzamaniblog...huhu~..ampun2...
Pengenalan
KEBANYAKAN orang pernah mengalami gastrik pada satu ketika dan perkara ini boleh dianggap normal. Jika simptom penyakit itu berterusan atau menjadi semakin teruk, ia perlu mendapat rawatan doktor untuk perhatian seterusnya.
Penyakit gastrik adalah kesakitan atau ketidakselesaan yang dialami di bahagian perut. Ia digelar dyspepsia di kalangan pakar perubatan. Kesakitan ini mungkin akan jadi lebih teruk selepas makan atau ketika perut kosong. Namun begitu, ada kalanya kesakitan ini tiada kaitan dengan makanan yang diambil.
Terdapat beberapa bahan kimia dalam perut yang boleh merangsang penghasilan cecair atau rembesan perut. Antaranya ialah asetil-kolin, hormon gastrin, histamin dan enzim protein kinase. Bahan-bahan kimia ini dihasilkan daripada rangsangan bahan seperti asid amino, peptid, alkohol dan kalsium.
Sebaliknya, tedapat beberapa bahan yang boleh merencat rembesan perut. Antaranya ialah bahan berlemak, larutan yang tinggi kepekatannya dan kandungan gula yang tinggi dalam darah. Rembesan perut boleh menghakis dan mencederakan lapisan dalam perut. Namun, lapisan gel mukus yang dihasilkan dalam perut mampu melindungi perut daripada sebarang kecederaan dengan cepat. Proses ini biasanya memakan masa kira-kira 30 minit. Proses pertahanan dan pembaikan lapisan perut dan usus merupakan faktor utama yang menentukan kejadian ulser peptik.
Bahagian duodenum menerima dan menyimpan makanan yang telah dihadamkan. Makanan itu kemudiannya disalurkan ke bahagian distal perut. Di sini rembesan gastrik bercampur dengan makanan sebelum disalurkan ke bahagian duodenum (bahagian atas usus kecil).
Kadar pengosongan perut dipengaruhi oleh beberapa perkara seperti hormon, larutan yang pekat, larutan berasid, bahan berlemak dan perut yang distensi (kembung).
Perut sentiasa terdedah kepada persekitaran luar kerana pelbagai bahan dapat masuk ke dalamnya. Inflamasi atau radang yang akut (segera) atau kronik (berpanjangan) dapat berlaku kepada sistem gastrousus jika mekanisme pertahanan gagal mengawal keadaan.
SIMPTOM-SIMPTOM
Lain-lain simptom penyakit gastrik adalah kembung perut, loya dan muntah. Manakala kesakitan yang dirasai di bahagian tengah dadah dipanggil reflux. Reflux berlaku apabila asid naik ke atas, iaitu ke oesophagus (saluran yang membawa makanan dari mulut ke perut).
JENIS-JENIS GASTRIK
Terbahagi kepada dua iaitu ulser perut dan non-ulser dyspepsia.
Terdapat dua jenis penyakit ulser perut: gastrik ulser yang terjadi di bahagian perut manakala duodenal ulcer pula berlaku pada deuodenum, iaitu saluran usus kecil yang membawa makanan keluar dari perut.
Non-ulser dyspepsia pula boleh disebabkan oleh reflux, gastritis (penyakit radang perut yang terdapat pada lapisan lendir) atau gangguan dalam perut dan pengecutan usus.Helicobacter pylori pula adalah sejenis bakteria yang terdapat di dalam lapisan mukosa perut dan mengambil peranan yang penting terjadinya ulser perut.
LANGKAH PENCEGAHAN
Berikut adalah beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengelakkan gastrik.
- Jangan makan terlalu banyak pada sesuatu masa.
- Elakkan dari mengambil makanan yang terlalu pedas dan berempah
- Jangan merokok atau minum minuman keras.
- Elakkan dari mengambil ubat-ubatan untuk mengurangkan sakit kecuali paracetamol/panadol terutama untuk penghidap penyakit sendi.
Berikut adalah beberapa langkah pencegahan daripada terjadinya reflux (simptom gastrik) .
- Jangan terlebih berat badan. Kurangkan berat andai anda gemuk.
- Jangan makan sebelum tidur.
- Tidur dengan menggunakan dua bantal supaya kepala anda lebih tinggi enam hingga lapan inci dari badan.
- Elakkan dari memakai pakaian dan tali pinggang yang ketat.
CARA RAWATAN
Pesakit boleh memilih sama ada untuk merawat sendiri atau merujuk kepada doktor. Kesemua ini bergantung kepada tahap serta jenis masalah yang dialami oleh individu.
Jika rungutan berkaitan dengan masalah bahagian atas sistem gastrousus seperti gastritis akut tanpa pendarahan dan reflux, pesakit boleh mengamalkan swa-pengubatan dengan berjumpa ahli farmasi dan mendapatkan nasihat serta ubat yang sesuai.
Ubat dalam kumpulan antasid hanya boleh disarankan jika pesakit mengalami serangan akut atau masalah tersebut disebabkan oleh jenis dan jumlah makanan yang dimakan, pengambilan minuman beralkohol atau tekanan emosi.
Individu yang mengalami masalah, dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan berlaku kecederaan yang teruk pada bahagian lapisan perut, maka pesakit tersebut harus dirujukkan kepada doktor. Pemerhatian dari doktor sangat penting jika individu mengalami gangguan yang kronik atau menghidap penyakit ulser.
Ini sangat penting kerana pesakit mungkin mengalami masalah lain seperti kanser pada bahagian perut atau duodenum. Gastritis akut yang berlaku berulang-ulang boleh mengakibatkan ulser gastrik.
Beberapa kelas ubat-ubatan boleh digunakan bergantung kepada jenis dan tahap masalah tersebut. Secara ringkas, ia terdiri daripada kumpulan antasid, kumpulan antibiotik, kumpulan antagonis (atau penghalang) reseptor H2, penghalang pam asid dan ubat-ubatan pelindung lapisan mukosa.
Dengan adanya pengetahuan tentang proses berlaku gastritis dan ulser, faktor penyebab dan rawatan yang tepat, masalah yang dihadapi oleh individu boleh dirawat.
P.S: Sarapan pagi adalah amat perlu terutama bagi penghidap gastrik. Saya pernah kena ’serang’ seawal 4 pagi. Memang sakit ! Mengeletar seluruh badan.
P.S.S.S : Bagi yang belum menghidap gastrik, jagalah permakanan anda. Cuba kurang air yang berkarbonat dan makanan yang pedas sangat. Jaga waktu pemakanan anda walau sesibuk mana sekalipun. Bila dah menghidap gastrik, parah nak sembuh…Beringat sebelum kena !
2 ulasan:
hye..saya pengidap gastrik ke???
tp da 4x saya ke klinik umtk berubat masih tak sembuh2
saya amat hairan walaupun saya memang perna hidapi gastrik...namun ini adalah kali pertama saya tak sembuh2 da hampir 10hari o.....
paling parah sakit bahg dada(ulu hati)biasanya atas abdomen kan...hu lepas makan pun tak selesa apa lagi,kalu x makan nayah owh...so mcm nak tangani ne ??
antibiotik da nak habis da pun masi x bek2....tp doct tu kate bole baik juga huh..lamanya neh;,(
laa~..maaf..lama dh rupanya komen..tp saya br perasan..
macamana sakit??dh elok dh..dba harap tanpa nama dh sembuh~
Catat Ulasan