Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, Oktober 05, 2013

Senarai Semak Permohonan Berkahwin bagi perempuan di Selangor

Senarai Semak Permohonan Berkahwin Negeri Selangor (Perempuan)


Prosedur

1. Hadir Kursus Pra Perkahwinan.
2. Dapatkan Borang 2C dan 2D di JAIS/PAID atau mengisi permohonan secara online di alamat http://ncr.jais.gov.my
3. Lengkapkan borang dan lampirkan dokumen sokongan.
4. Dapatkan pengesahan dari penolong pendaftar nikah kariah.
5. Dapatkan kebenaran berkahwin dari PAID. 
6. Akad nikah dijalankan 
7. Ambil surat perakuan nikah di JAIS/ PAID.

Dokumen Sokongan

1. Salinan MyKad pemohon
2. Salinan MyKad wali
3. Sijil kursus pra perkahwinan dan salinan ( diiktiraf oleh JAKIM / JAIS / JAWI / JAIN)
5. Rekod ujian saringan HIV (Hanya  di klinik kerajaan sahaja)
6. Borang 1 (Akuan Pengesahan Pemastautinan) yang disahkan oleh Nazir Masjid / Pengerusi Jawatankuasa Penduduk / Pengerusi taman perumahan /Pengerusi JKKK / Penghulu mukim / Pegawai Kumpulan A (bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat di dalam MyKad) 
7. Surat kebenaran berkahwin lelaki 
8. Surat perakuan nikah ibubapa dan salinannya
9. Sijil kematian wali dan salinannya
10. Surat perakuan cerai dan salinannya (Jika bercerai hidup)
11. Surat perakuan nikah dan sijil kematian pasangan beserta salinan (jika bercerai mati)
12. Surat / Kad Perakuan Islam dan salinannya (Jika pemohon saudara baru)
13. Surat kelulusan dari KAGAT / PDRM ( Jika pemohon anggota tentera / Polis)
14. Surat kebenaran berkahwin daripada Konsulat / Kedutaan / UNHCR dan imegresen (Jika pemohon bernikah di luar daerah / negeri / negara)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Boleh saya tahu..dokumen sokongan tu nak brpew salinan eh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnangX