Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, April 08, 2011

telur tiruan..watdehel??@_@

salam sayang untuk semua:)


ok2 nie bukan concern pasal wedding..eh chop..kalo orang kenduri yang bagi telur pun kira concern pasal wedding gak kan kan??HAAH la..gler r diorg nie..sabo jela..


meh kita baca keratan akhbar berita harian hari nie..[link]



Telur tiruan dihantar ke Kuala Lumpur untuk ujian makmal

2011/04/07

GEORGETOWN: Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sudah menghantar contoh telur yang dipercayai tiruan yang diperoleh dari dua penjual telur di pasar Pulau Tikus, untuk ujian makmal di Kuala Lumpur. 

Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Ku Nafishah Ku Ariffin, berkata contoh telur itu dihantar ke makmal di Kuala Lumpur kira-kira 2 petang tadi.

"Kami akan menguji contoh telur itu dan hasil ujian dijangka diperoleh dalam tempoh seminggu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, ini adalah kali pertama beliau berhadapan dengan kes telur tiruan sepanjang 22 tahun bekerja di jabatan itu. 

Mengikut Peraturan Makanan 1985, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap penjual dan pengeluar telur jika telur itu disahkan tidak tulen. 

"Kita perlu menunggu keputusan ujian itu sebelum menentukan tindakan selanjutnya yang boleh diambil," katanya. 

Sementara itu, Prof Abd Karim Alias dari Fakulti Teknologi Industri Universiti Sains Malaysia, berkata beliau telah mendengar kes seumpama itu beberapa tahun lalu. 
Beliau berkata, semua perkara perlu diuji untuk menentukan sama ada telur tiruan itu boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan. 

Semalam, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata beliau menerima aduan daripada seorang suri rumah yang membawa telur berkenaan ke pejabatnya selepas mendapati sesuatu yang mencurigakan ketika cuba memasaknya. 

Siasatan yang dijalankan oleh persatuan itu mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan. - BERNAMA 



2 satu..nie plak baca kt blog puan vagginie..[hasil dari google'an] [link]

meh kita baca..okeyh..gigih taip balik sbb blog cik ninie 2 xleh copy paste!HAHA..teruk btul la dba nk copy paste..HAHA

Cara mengenal telur tiruan:

1. Selepas telur dipecahkan, PUTIH telur dan KUNING telur akan segera bercampur. 
2. Cangkerang telur tiruan agak BERKILAT berbanding telur sebenar, TETAPI tidak begitu ketara
3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa AGAK KASAR berbanding telur sebenar.
4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan BERBUNYI kerana AIR BERLEBIHAN daripada BAHAN PEPEJAL.
5. Telur sebenar AGAK BERBAU seperti daging mentah.
6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi LEBIH RAPUH berbanding telur tiruan.
7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan CAIR BERSAMA. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang SAMA.
8. Ketika menggoreng telur tiruan, KUNING TELUR akan MENGEMBANG tanpa disentuh.
9.Tambahan pula,telur tiruan mungkin mengandungi GELATIN yang HARAM dimakan oleh orang ISLAM.

ok2..gmbr ada kt blog cik puan ninie..saya xleh nk copy paste..HAHA..


kat link nie plak..cara2 nk wt telur tiruan 2 plak..haih~...

7 ulasan:

~ NANA ~ berkata...

haaaaa biar betik???

1st time denga telo tiruan...ingtkn telo plastik td

anaztasias nora aira berkata...

ni yang buat takut nak makan telur ni dbaaaaaaaa ~~

lovelyadibah berkata...

Nana: kalo ye plastik xder la risau smpai mcm 2..:(

nora: sama la.nk tau x nora, sbnr nyer ibu penah detect telur tiruan 2..uwaaaaaa...dh terkena rupanyer:(

Misi QMK 2011 berkata...

dba caner la nti kite nak kasik doorgift kat tetamu kan????
kesian plak, nnti kang kecoh plak satu kampung belek telor..ehhehe

lovelyadibah berkata...

Miss qmk: 2la..uwaaaaaa...:(

poyaty berkata...

saya xpenah terkena lah ni sbb da lame x mkn telor. hiks :)

Cik Puan Mimi berkata...

tula..tekejut tau ade telur tiruan.xde keje diorang ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnangX