salam sayang untuk semua
kenapa kah cerita pasal ini?? orang lain suma dok citer pasal progress..HAHA..aku plak duk bukak topik2 gini.hehe~~..
kawan saya up status kat facebook dier pasal ini:)artikel pasal kate middleton yang kawin pada umur 28.kalo xsalah la~~
dikatakan apabila kawin pada umur yang muda,kemungkinan untuk bercerai itu sangat tinggi:)
dan apabila dikatakan berkahwin pada umur yang lanjut.dalam area 27 tahun adalah sangat sesuai.
tp kan.ini semua pada kita yang hendak berkahwin.jangan berkahwin sebab nk ikut trend k??[ahaks!!] atau rasa suma orang dh nk kawin so kita mesti kawin jugak
tp biarla kita kawin kerana kita mmg betul2 sudah bersedia nk melangsungkan perkahwinan dan mmg cukup matang dalam menguruskan rumah tangga kelak.bagi saya kawin nie perkara yang besar..ibu bapa mana yang tak risau bila anak mereka hendak melangsungkan perkahwinan???ibu bapa saya pun risau kalo saya hendak berkawin.lama jugak la hendak beritahu tentang saya ingin mendirikan rumah tangga bila sudah mempunyai teman lelaki.
alasan mereka saya masih muda dan masih dalam alam pengajian. mereka takut kalo2 saya tidak dapat apa2 jika terus berkahwin dalam usia yang muda. kemudian mmg benar telahan ibu bapa saya,teman lelaki saya semasa itu tidak lama.dier pun hanya mahu berseronok sahaja.mungkin jika saya terus kan jugak idea nk kawin itu, mesti saya tidak bahagia.
apabila saya sudah habis pengajian, barula ibu bapa saya mula menerima idea hendak berkahwin. itu pun setelah merestui hubungan saya dengan teman lelaki saya. jika tidak, mereka lebih senang kalo saya hidup dgn mereka.
pe yang dapat saya simpulkan dari pengalaman saya itu?bahawa kawin ini bukan la sesuatu perkara yang mudah dan boleh dijadikan sebagai mainan sehari2. perkahwinan adalah satu perjanjian untuk hidup selama2nya [selagi diizinkanNya] dengan pasangan kita.
jangan mudah rasa sedeyh apabila ramai rakan2 mula menghantar kad kawin mereka. jodoh itu kan di tangan ALLAH. mungkin Allah itu saja menduga kita, mana tau Dia kurnia kan yang lebih baik:)
tapi bagi yang dh pun mempunyai pasangan dan mmg sudah ke arah pintu gerbang perkahwinan, harusla sudah mula mempersiapkan diri dengan ilmu rumah tangga dan selok belok tentang kehidupan seorang isteri/suami. jangan pula jadi pasangan yang cepat melatah dan mudah melafaz kan kata cerai. nauzubillah.
usia bukan pengukur pada tahap bersedia atau tidak seseorang itu untuk berumah tangga, tetapi bergantung terhadap mampu atau tidak seseorang itu memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri/ suami. serta bersedia menghadapi rintangan membina keluarga.
Allahualam